27 December 2024

"KAMI RAIKAN ANUGERAH PALING BERMAKNA INI" - NABILA RAZALI KONGSI FOTO BERSAMA PUTERA SULUNG



"Alhamdulillah 🤍 Dengan rasa kasih dan penuh syukur kami raikan anugerah paling bermakna ini."

Itulah tulis penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menerusi perkongsian terbaru di Instagram dimana dia memuat naik foto lengkap bersama suaminya, Nik Iruwan dan anak sulung mereka.

Nabila yang berkongsi momen indah itu buat pertama kali selepas melahirkan anak lelaki pada 23 Disember lalu, bagaimanapun masih belum mendedahkan nama dan wajah putera sulungnya itu.

Klik untuk gambar besar

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut, selain menzahirkan ucapan tahniah.

Untuk makluman, penyanyi lagu 'Hanya Kamu' itu mendirikan rumah tangga bersama Iruwan pada 18 November 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: