27 December 2024
"KENAPA BARU SEKARANG NAK BERSUARA, SEPATUTNYA DARI MUSIM PERTAMA LAGI" - RAMLI MS MAL4S LAYAN KENYATAAN MAN BAI, SIFATKAN SEBAGAI 'TIN KOSONG'
"Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini. Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan. Ia realiti program, konsep dan semua kandungan program adalah berlainan. Macam-macam yang dibawakan.
"Tapi kenapa baru sekarang nak bersuara, sepatutnya dari musim pertama lagi," ujar maestro muzik, Datuk Ramli MS yang enggan melayan kenyataan penyanyi Man Bai dimana dia mengkritik format pertandingan Gegar Vaganza (GV) yang didakwa menjatuhkan dan memalukan penyanyi.
Menyifatkan pelantun lagu 'Kau Ilhamku' itu sebagai 'tin kosong' apabila didakwa melemparkan komen tidak berasas, Ramli dalam masa sama turut memberikan maklum balas mengenai kenyataan Man Bai yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai ketua juri dalam program itu.
"Ia realiti program, konsep dan semua kandungan program adalah berlainan. Macam-macam yang dibawakan. Tapi kenapa baru sekarang nak bersuara, sepatutnya dari musim pertama lagi," katanya.
Sebelum ini, Man Bai mendakwa GV bukan platform terbaik untuk penyanyi, selain mengkritik format pertandingan yang dikatakan menjatuhkan dan memalukan peserta bertanding.
Bukan itu sahaja, malah Man Bai turut mempertikaikan kredibiliti Ramli selaku ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada minggu keempat lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment