27 December 2024

DAKWAAN 'POT0NG USUS' - SWEET QISMINA TAMPIL NAFI : "SAYA HANYA AMALKAN 'LIQUID DIET' & MINUM SUSU SAHAJA..."



Pelakon Sweet Qismina, 27, tampil menafikan dakwaan dirinya menjalani pemb£dahan bari@trik atau pot0ng usus untuk menurunkan berat badannya dalam tempoh singkat.

Kata Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, bagi menjiwai watak dalam filem 'Babah', dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan 'liquid diet' untuk menurunkan berat badan.

"Saya dapatkan nasihat pakar nutrisi dari hospital jadi tiada istilah pot0ng usus untuk cepat kurus. Saya hanya amalkan 'liquid diet' dan minum susu sahaja sepanjang hari.

Klik untuk gambar besar

"Kalau lapar sangat, saya akan makan epal atau sebiji telur sahaja," kata Sweet yang turut memberitahu, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak lima kilogram dalam tempoh seminggu mengamalkan diet berkenaan.

"Penerbit filem 'Babah', minta saya untuk tampil lebih kurus dan c£ngkung bagi menjiwai watak Maya yang juga pes@kit sindr0m Guillain-Barre (GBS) yang terlantar dalam filem itu.
"Jadi, saya juga menyahut cab@ran itu dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram iaitu dari 53 kilogram kepada 43 kilogram," jelasnya.

Filem 'Babah' sudah mencecah kutipan hampir RM6 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam tanah air. Selain Sweet, filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Qi Razali, Cristina Suzanne, Adam Lee dan Kis Aisha.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: