27 December 2024
TERIMA ANUGERAH 'PERSONALITI MUZIK LAGENDA PALING DIKAGUMI' - SYAFINAZ RASA BANGGA & BERSYUKUR
"Setiap kali diberi pengiktirafan seperti ini ia bukan hanya menunjukkan kepada saya seorang tetapi profesion sebagai penyanyi, dan pembabitan dalam bidang muzik sekali gus memartabatkan anak seni.
"Ini bukan pengiktirafan dari kelompok bidang seni tapi di luar dari bidang seni. Jadi, saya sangat berterima kasih dengan penghargaan diberikan penganjur."
Demikian ujar penyanyi juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, 51, dimana dia rasa bangga dan bersyukur apabila menerima anugerah Personaliti Muzik Lagenda Paling Dikagumi 2024 pada acara berprestij anjuran Niagatimes pada 17 Oktober lalu.
Syafinaz yang sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam bidang seni berkata, dia juga berasa dirinya dihargai kerana namanya dipilih dari senarai nama-nama besar di Malaysia untuk menerima pengiktirafan berkenaan.
Dalam pada itu, ditanya sama ada anugerah tersebut menyunt1k semangat buatnya, juri tetap program realiti Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) ini berkata, sama ada dapat pengiktirafan atau tidak, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang 'educator' (pendidik) untuk terus memartabatkan bidang muzik tanah air.
"Saya akan terus berkongsi ilmu yang ada melalui mana-mana platform sama ada secara terus ataupun platform Instagram, YouTube mahupun program realiti TV.
"Saya juga perlu kongsi ilmu dengan mereka yang masih muda, sudah berusia atau sudah berpengalaman agar bidang muzik ini akan sentiasa dipandang tinggi oleh orang luar," katanya yang berkongsi mengenai pengiktirafan berkenaan di Instagram.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment