28 December 2024

RUG1 HAMPIR RM5 JUTA DEK PKP - YUSOF HASLAM AKUI MAKAN MASA UNTUK PULIH, BERSYUKUR FILEM TAHUN INI ADA UNTUNG



"Alhamdulillah... boleh dikatakan ada untung. Kutipan filem 'Sheriff' paling tak disangka. Tapi kita sebenarnya nak recover (pulih) balik kerugian semasa pand£mik dua tahun sebelum ini. Belum lagi sebenarnya. Bayangkan saya ada kakitangan seramai 40 orang yang nak ditanggung setiap bulan.



"Untuk dua tahun masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tak buang pekerja pun. Sebulan saya perlukan RM200,000 untuk bayar gaji dan lain-lain kos. Dua tahun PKP bayangkan hampir RM5 juta kerug1an. Nak pulih semula makan masa, tapi Alhamdulillah... situasi dah makin okey.

"Saya tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, namun kita doakan yang terbaik," itulah kata penerbit Datuk Yusof Haslam dimana dia melahirkan kesyukuran apabila filem-filem terbitan syarikatnya, Skop Production meraih keuntungan pada tahun ini.

Menurut Yusof, kutipan filem 'Sheriff: Narko Integriti' arahan anaknya, Syafiq terbitan bersama Astro Shaw ini meraih pulangan sebanyak RM60.5 juta, sekali gus menjadikan ia sebagai filem tempatan nombor satu pada tahun ini.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia lebih senang mengambil pendekatan menghasilkan filem secara bersama kerana dapat menyerap kos tinggi yang dikeluarkan.

"Tahun depan ada yang kita buat usaha sama dan ada buat sendiri kerana kos tinggi. Kita buat usaha sama dengan Astro Show dengan nisbah 60:40. Bukan apa, dalam pembikinan filem sebagai penerbit tak boleh terlalu 's£lfish' dan dominan.

"Kena ada satu kombinasi. Untuk bina kekuatan, kita kena cari partner yang kuat sesama kita supaya kita lebih kuat. Kita tak boleh cakap besar dan perlu ada konsep menang-menang.

"Tahun depan ada filem 'Blood Brothers' yang akan keluar lepas raya. Selain itu, Skop Production ada filem 'Kifarah' arahan Ghaz Abu Bakar. Juga ada sambungan 'Sheriff' dengan Astro Shaw dan ada sebuah filem yang masih dirahsiakan," ujarnya yang juga memegang prinsip menghasilkan hanya dua filem setahun bagi menjaga kualiti filem terbabit.

"Nak buat filem pun p£cah kepala. Ia bukan semudah buat biskut. Jadi perlu berhati-hati bagi mengelakkan kerug1an. Ia membabitkan modal yang besar," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: