31 December 2024
MESKIPUN BELUM ADA CALON, AZHAR SULAIMAN IZINKAN HASRAT LEONA KAHWIN TAHUN DEPAN : "PASTIKAN CALON SUAMI AWAK TAK KISAH ASAP ROK0K"
"Selamat tahun baru Mekna (Leona), kalau awak nak sangat nikah tahun depan, tak apa. Tapi pastikan calon suami awak tak kisah asap rok0k, terutama dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan musik genre rave."
Itulah ujar pelakon Azhar Sulaiman dimana dia mengizinkan anak gadisnya, Kasih Iris Leona berkahwin tahun depan, namun telah meletakkan beberapa syarat sebelum menerima calon suami anaknya itu antaranya tidak kisah dengan asap rok0k.
Azhar yang berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook, turut mengucapkan selamat tahun baru kepada Leona, selain berkata, calon bakal suami anaknya itu juga perlu mendapat restu daripada dirinya serta dua adik beradiknya iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.
Sebelum ini, Leona pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun 2025, namun mengakui masih belum mempunyai kekasih hati.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment