"Saya percaya bila sampai masanya dan pada waktu yang tepat, kalau Allah nak bagi, dia akan bagi (anak). Tapi sil@pnya, saya tak betul-betul 'plan' (rancang) kerana saya tak percaya pada 'family planning' (merancang keluarga) sebelum ini.
"Bagi saya, tiada gunanya jika kita merancang keluarga tapi tiada rezeki nak dapat anak pun? Selepas mengalami keguguran sebelum ini, ibu saya menasihatkan untuk percaya dengan takdir Tuhan di mana kalau Allah nak bagi dia akan bagi pada waktu yang tepat."
Demikian kata pelakon Hannah Delisha yang reda serta percaya dengan ketentuan Allah dimana dia belum lagi dikurniakan zuriat selepas mengalami keguguran pada Mac lalu.
Klik untuk gambar besar
"Saya sedar kita hanya boleh rancang, tapi Allah yang tentukan. Jadi, kalau rezeki dapat anak selepas saya mencecah usia 30 tahun pun saya kena terima," tuturnya.
Terdahulu, sekitar bulan Mac, Hannah yang berkahwin dengan Imam Shah pada 18 Februari 2021 itu memaklumkan berita duka bahawa dia telah mengalami keguguran.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment