30 December 2024

PADAM & N£KAD BERHENTI BUAT 'TR0LL' GAMBAR DI MEDIA SOSIAL - FADZIL ZAHARI MOHON MAAF



"Saya Fadzil Zahari sempena hari yang baik ini. Saya nak mintak maaf kepada siapa-siapa saja yang pernah terasa hati, s@kit hati, tak suka pada saya terutamanya 'p0sting' yang saya buat 'content'.

"Contoh saya buat editing video, saya buat editing gambar, ada ter@sa hati. Saya nak minta maaf terus dari saya kepada anda," ujar pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia tampil memohon maaf sekiranya ada hantarannya sebelum ini meny@kiti hati mana-mana pihak.

Dalam hantaran itu, Fadzil berkata, dia mahu berhenti daripada membuat ulasan atau 'tr0ll' di media sosial berhubung isu-isu semasa, selain memaklumkan, dia sudah lama tidak aktif di media sosial dan selepas berfikir panjang.

Klik untuk gambar besar

"Kalau tengok saya pun dah tak aktif berapa lama dah. Sebab duk fikir panjang, lama juga la duk fikir, masa buat 'p0sting' tu kita rasa biasa saja, tapi bila kita baca balik komen-komen tu, mungkin aku ada sal@h sini, sal@h situ.

"Jadi saya nak ambil peluang ini, nak minta maaf pada semua, untuk sesetengah individu mungkin kalau saya ada nombor untuk dihubungi, saya akan whatsup mereka secara terus ataupun saya akan DM terus untuk minta maaf la.

"Insyallah, lepas ni, saya akan berusaha untuk mengelak hantaran sedemikian yang boleh buat orang ter@sa hati. Jadi saya nak minta maaf sekali lagi, kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya, ataupun keluarga saya, saya nak minta maaf. Harap kita sudah tiada apa s@ngkut lagi," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: