30 December 2024

AL-FATIHAH - IBU VICHA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Innalilahi wainnalilahi rojiun... Selamat jalan mamah sekarang mamah udah gak s@kit lagi yaa 😭 maafin kaka ya mah, kaka sayang mamah 🥹

"Salam semua kawan-kawan minta tolong sedekahkan al-fatihah untuk ibu saya yang bernama Tuti Haryati Binti Amran Munaf 🥹 🤲 terima kasih."

Itulah tulis pelawak dan pelakon yang berasal dari Indonesia, Vicha Barbie menerusi hantaran di Instagram, hari ini, dimana dia berkongsi berita sedih pemergian ibunya, Tuti Haryati Amran Munaf.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada hantaran itu, Vicha baru tiba di Bandung, Indonesia memeluk dan mencium jenazah ibunya.

Di Instagram Story pula, Vicha berkongsi perjalanannya menuju pulang ke kampung halaman dan turut berkongsi gambar kenangan bersama ibunya.

Bagaimanapun, Vicha tidak menulis maklumat terperinci mengenai kem@tian ibunya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: