30 December 2024

"TERIMA KASIH KEPADA ISTERI TERCINTA" - DR SHEIKH MUSZAPHAR RAI HARI LAHIR ISTERI, HARGAI PERG0RBANAN DR HALINA BESARKAN 7 ANAK



Sempena hari lahir isteri tercinta, angkawasan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah meraikannya di ibu kota dengan melakukan aktiviti bersama tujuh anak mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Muszaphar memuat naik gambar mereka sekeluarga serta mengucapkan selamat hari lahir buat isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dimana ia menjadi perhatian ramai.

Dalam hantaran itu, Dr Muszaphar menzahirkan ucapan penghargaan buat isterinya yang telah berk0rban melahirkan tujuh cahaya mata serta tidak meng£luh dalam membesarkan anak-anak mereka.

"Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.

"Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya.

"Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.

"Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..Alhamdulilah," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: