30 December 2024

AMANG SEKSUAL DENGAN REMAJA 17 TAHUN, PU AZMAN DIPENJARA LAGI



Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lalu, bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.

Ini merupakan hukuman kali keempat selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.

Berdasarkan fakta kes, PU Azman telah secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dan menyatakan mahu tidur bersama sebelum menyentuh remaja lelaki itu bagi tujuan amang seksual fizikal selepas diajak bermalam di inap desa itu.

Mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana takut tidak akan dipercayai oleh sesiapa sebelum memaklumkan kepada seorang ustazah yang telah menghubungi mangsa pada tahun 2022.

Klik untuk gambar besar

Selain penjara, Hakim Rasyihah Ghazali juga memerintahkannya menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Selain itu, PU Azman juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pendakwah itu sebagai 'Take Into Consideration' (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi pada awal bulan ini, yang dikemukakan pihak pembelaan mewakili PU Azman pada Oktober lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: