30 December 2024

BILA ANAK GADIS SHUIB, DEKTA WARISI BAKAT NYANYIAN ARWAH IBUNYA, SITI SARAH



"Letak sini sebagai kenangan. Sama macam Atuk dengan arwah ibu dulu. Sekarang, Daddy dan Dekta pulak 😍 Nak request lagu apa lagi?"
Demikian tulis pengendali akaun Instagram arwah Siti Sarah Raisuddin yang berkongsi video anak gadis kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra dipanggil Dekta sedang berlatih menyanyi dalam satu kelas vokal.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dimana rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan juga sebak apabila mendengar kelunakkan suara Dekta, malah ada yang samakan suaranya itu seakan arwah ibunya, Siti Sarah.

Bakat yang ada pada arwah ibunya itu nampaknya telah diwarisi oleh Dekta yang menyanyikan lagu daripada Billie Eilish berjudul 'Wild Flower' dalam video yang dikongsikan.

Iyelah ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi?


TONTON VIDEO ANAK SHUIB, DEKTA WARISI BAKAT NYANYIAN ARWAH IBUNYA, SITI SARAH

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: