"Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan berg@duh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi 🥹 Menyambut kedatangan tahun baru dengan pertambahan ahli di dalam keluarga, syukur Alhamdulillah atas segala rahmat yang diberikaNya.
"Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini dengan barakah dan kasih-sayang berpanjangan," tulis pelakon Nelydia Senrose menerusi Insta Story miliknya, dimana dia meluahkan rasa syukur adiknya yang juga pelakon, Raysha Rizrose kini sudah bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Disamping itu, Nelydia yang mendedahkan nama panggilan anak saudaranya iaitu 'Baby R', turut yakin bahawa Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Kepada 'Baby R', kamu memang disayangi dan kami bertuah memilikimu. Semoga membesar dengan baik dan kuat seperti ibumu. Saya akan sentiasa menyayanyimu, selalu ❤️" katanya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment