"Kandungan saya sekarang sudah lebih lapan bulan dan sekarang masih bekerja. Apa yang saya boleh cakap, ia adalah rezeki anak dan saya tak boleh nak tolak. Bukan rezeki anak saja, malah rezeki saya juga dapat kenal orang sekuat Bella Astillah.
"Saya masih lagi diberi tenaga untuk bekerja. Saya sebenarnya dah menunggu minggu dan tak lama lagi akan rehat sikit. Syukur, sekarang sempat lagi lancarkan lagu 'Cacaca' duet dengan Bella Astillah dan terbabit prom0si di radio, tv dan lain-lain."
Demikian ujar penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 32, dimana dia masih aktif dengan kerjaya nyanyiannya, meskipun kandungannya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka bersalin bulan depan.
Jelas Nabila, dia cuba mengosongkan jadual kerjanya sejak bulan lalu, namun gag@l berbuat demikian kerana sudah biasa bekerja dan tidak boleh duduk diam sehinggalah sudah betul-betul cukup minggu untuk bersalin.
Klik untuk gambar besar
"Katanya jangan terlebih bekerja. Alhamdulillah rezeki juga dapat suami yang memahami. Untuk persediaan melahirkan saya juga tanya tips dengan Bella sampai dah tak ada soalan lagi. Semua orang saya dah tanya.
"Tapi syukur sepanjang kehamilan saya sangat mudah. Orang-orang keliling saya pun banyak tolong. Saya pun jaga makan minum. Dari segi persiapan pun, saya hanya selesaikan minggu ini. Minggu lepas saya banyak buat persediaan untuk lagu 'Cacaca' bersama Bella," katanya.
Dalam pada itu, ketika terbabit dengan penghasilan kandungan prom0si lagu ini di pusat beli-belah, Nabila yang mengakui berdebar menanti saat bersalin itu mengambil kesempatan membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu nanti.
"Untuk prosedur kelahiran pula, saya tak kisah ikut arus sama ada melahirkan secara normal atau pemb£dahan. Asalkan ia tak memud@ratkan saya. Ikut perancangan saya akan menjalani tempoh berpantang selama dua bulan.
"Selepas itu barulah kembali bekerja semasa Ramadan atau Aidilfitri. Saya harap agar semua pihak mendoakan proses bersalin nanti dipermudahkan," tutur Nabila yang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan pada 18 November 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment