12 December 2024

"PERKAHWINAN KALI KE-2,KAMI RASA LEBIH MUDAH..." - CHE TA KATA KAHWIN DENGAN LELAKI BUJANG SENANG DIBENTUK & MENGIKUT



"Kami kahwin dengan Zain umur kami 40 tahun dan Zain 29 tahun. Perbezaan usia tak jadi mas@lah sebab kelakuan kami macam orang muda dan perangai Zain seusia dia.

"Perkahwinan kali ke 2, kami rasa lebih mudah bila kita kahwin dengan lelaki bujang, senang dibentuk, senang mengikut, tambahan pula beza umur Zain dengan Ammar, Aniq 10 tahun lebih je so senang nak rapat.

"Zain pula jenis yang tak cer£wet, ikut suka je kami nak buat apa, dan dia bagi kebebasan penuh, apa yang kami tak suka, dia tak akan 'up', dan apa yang dia suka kami hanya ikut je, rasanya itulah yang membuatkan kami serasi... Alhamdulillah..."

Klik untuk gambar besar

Itulah tulis pelakon Rozita Che Wan yang tenang menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, pelakon Zain Saidin, meskipun hangat diperkatakan mengenai isu hut@ng terp@lit dirinya.

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-11 semalam, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, walaupun usia dia dan Zain berbeza 11 tahun namun bukan penghalang untuk mereka bahagia.

Dalam pada itu, Che Ta juga berharap perkahwinan yang dibina bersama Zain berkekalan sehingga ke akhir hayat serta mendoakan agar mereka diberi umur yang panjang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: