Sebelum mendapatkan khidmat polis pengiring untuk menjemput dua anaknya di rumah suaminya pada Rabu, bekas pelakon dan peragawati terkenal iaitu Zahnita Wilson mendedahkan, dia diminta menjalani ujian saringan air kencing oleh pihak berkuasa.
Selepas hasil saringan adalah negatif daripada sebarang penggunaan bahan terlarang, Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, permintaannya itu dipersetujui.
"Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis), tapi proses dan permintaan tersebut tidak berjalan lancar. Mereka (pihak berkuasa) minta saya jalani ujian urin. Alhamdulillah, ALLAH Maha Besar, keputusan urin negatif.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Zahnita meluahkan rasa lega selepas berjaya memperoleh perintah sementara hak penjagaan anak-anaknya daripada suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor.
Selepas hampir dua minggu tidak menemui tiga anaknya iaitu, Zahrafeena, 18, Zasharayna, 10, Zahlia, 7, keputusan yang diumumkan mahkamah itu memberi seribu satu kegembiraan buat Zahnita.
Ujar Zahnita, tempoh dua minggu itu merupakan ujian berat buatnya, sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan 6 Disember lalu.
"Dulu, saya berpisah dengan anak hampir empat bulan, kali ini dua minggu dengan tiga anak. Tempoh yang dilalui itu memang mencabar, terutama apabila perlu menyerahkan mereka kembali kepada ayahnya setiap kali selepas berjumpa," luahnya dengan nada gembira.
Dalam pada itu, Zahnita berkata, kerana proses undang-undang memakan masa, perjalanan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya memerlukan kesabaran yang tinggi.
"Saya tahu, untuk dapat anak-anak saya kena sabar kerana keadaan tidak berlalu sekelip mata. Tapi kini saya lega hak jagaan sementara mereka berpihak kepada saya," ujarnya yang juga memberitahu, mahkamah turut memberikan hak kepada suaminya untuk bertemu anak-anak pada hujung minggu selama dua jam.
Kes ini akan didengar semula di mahkamah pada 3 Januari tahun hadapan untuk keputusan hak penjagaan sepenuhnya.
Untuk makluman, Zahnita berkahwin dengan Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor pada 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia, dan Zayden.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment