22 December 2024

SABAR MENANTI KEBEBASAN PENYANYI 'BAE SOBA BAE' - EDDIE HAMID ALU-ALU WANITA ITU TERUS AKTIF SEMULA DALAM KARIER NYANYIAN



"Baguslah, kalau dia nak terus menyanyi lagi. Saya sangat mengalu-alukan sebab lagu pun memang dah ada. Cuma sekarang ini tidak tahu bila dia akan dibebaskan. Saya masih lagi simpan lagu baharu, 'Tokleh Nak Soba' yang juga kesinambungan lagu 'Cinta Setandan Pisang' untuk dinyanyikan penyanyi itu dengan rakan duetnya, Den Manjo.
"Lagu itu memang saya buat untuk dia dan Den. Tapi, kalau dia tak mahu menyanyikannya bila sudah keluar penj@ra nanti, saya rela mansuhkan saja," demikian ujar komposer popular, Eddie Hamid, 62, dimana dia akan terus memberi peluang kepada penyanyi wanita dari Kelantan yang kini ditah@n di Penj@ra Wilayah Narathiwat, Thailand.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Cinta Setandan Pisang' atau 'Bae Soba Bae' dimana muzik videonya di YouTube kini sudah mencecah 26 juta tontonan itu ditangk@p bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.

Kata Eddie, apabila dibebaskan nanti, dia sangat mengalu-alukan penyanyi berusia 29 tahun itu terus aktif semula dalam karier nyanyiannya kerana memang sudah ada lagu diciptakannya, selain mendapati wanita itu ada 'tone' suara yang unik dan sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

"Cuma, lagu 'Bae Soba Bae Raya' saya terpaksa gabungkan empat penyanyi iaitu Den Manjo, Rosalinda, Man Khan dan bakat baharu dari Thailand, Deq Nee bagi menggantikan penyanyi itu.

"Ikutkan perancangan asal saya sebelum ini, lagu 'Bae Soba Bae Raya' itu dinyanyikan secara duet saja. Tapi, bila sudah berlaku insid£n penangkapan penyanyi itu, saya akur dengan proses undang-undang di Thailand," katanya.

Menerusi laporan terbaharu media memaklumkan, penyanyi itu berharap peminatnya di Malaysia tidak mengutvk dirinya di atas insid£n yang berlaku dan sekali gus dapat menerima dia kembali dalam industri hiburan.

Kata wanita itu lagi, dia juga menyedari ramai peminatnya di Malaysia membuat pelbagai andaian terhadap k£s penangk@pannya berkaitan pil kuda bersama lima lagi rakan lain.

"Saya mengambil kesempatan dalam lawatan ini untuk menyatakan kepada semua peminat saya bahawa saya tidak bersal@h. Saya sekadar mengikut kawan-kawan saya ke pekan Golok," kata ibu kepada dua cahaya mata itu pada temubual media yang bertemu dengannya, baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: