22 December 2024

DALAM KEADAAN STABIL - KINI TUNGGU KEPUTUSAN UJIAN DAR4H ADI PUTRA



Pelakon Datuk Adi Putra yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan, di sini, dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.
Isteri Adi iaitu Datin Aida Yusof menjelaskan, mereka masih lagi menunggu keputusan ujian dar@h untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Setakat ini, okay sikit sebab dah diberi ubat, antibi0tik dan sebagainya. Cuma, keputusan ujian darah masih belum keluar lagi dan masih menunggu.

"Dia agak letih sebab jadual penggambaran yang berturut-turut selepas balik dari Makkah, kemudian kena k£ncing berdar@h. Jadi, memang agak lemah sikitlah. Kemudian, selepas itu ada jangk1tan di paru-paru pula," katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata, sekiranya ada maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan Adi, dia akan memaklumkan kepada media.

"Doktor belum beritahu sampai bila dia perlu ditah@n di wad sebab masih perlu dipantau. Tapi, kalau ada maklumat terbaru, saya akan maklumkan," tuturnya.

Pada Jumaat lalu, Adi dimasukkan ke wad selepas mula rasa lemah ketika di lokasi penggambaran drama bersiri 'S£kam Di Dada'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: