26 December 2024

SAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN PERTAMA - SYAFIE NASWIP DEDAH ISTERI ALAMI KEGUGURAN, NAMAKAN 'MUHAMMAD ESHAL'



"Selamat ulang tahun pertama. Ini adalah permulaan bagi banyak lagi memori indah. Empat bulan lalu, Al-Fatihah kepada Muhammad Eshal. Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024."
Demikian tulis pelakon Syafie Naswip, 32, dimana dia mendedahkan isterinya, Nur Afiqah telah mengalami keguguran pada Ogos lalu, sempena ulang tahun perkahwinan pertamanya baru-baru ini.

Dalam perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Syafie atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip, mengakui reda tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertamanya yang diberi nama Muhammad Eshal.

Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Syafie turut memuat naik foto memaparkan imbasan ultrasound yang memperlihatkan janin dalam kandungan isterinya itu.

Kata Syafie, meskipun hanya seketika, dia dan isterinya tetap merasai nikmat kehadiran janin berkenaan, malah menganggap tahun ini merupakan tahun terindah buat mereka.

Untuk makluman, Syafie mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: