26 December 2024

"SAYA MASIH DALAM RAWATAN & MUDAH-MUDAHAN DAPAT DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN" - ADI PUTRA SAMBUNG PENGGAMBARAN DRAMA SELEPAS DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL



"Assalamualaikum, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan media, ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan saya untuk cepat sembuh. Alhamdulillah saya masih dalam rawatan dan mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan.
"Hari ini (Rabu) saya akan meneruskan penggambaran Sekam Di Dada, amanah dan tanggungjawab harus digalas. Saya juga mendoakan kepada anda semua agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan segala urusan."

Itulah jelas pelakon Datuk Adi Putra dimana dia meneruskan komitmen kerja dengan menyambung penggambaran drama lakonannya selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Klik untuk gambar besar
Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Mat Kilau' ini turut menitipkan kembali doa kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai kesihatannya itu.
Pada Jumaat lalu, Adi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akib@t mengalami jangk1tan kum@n di paru-paru dan mas@lah batu karang.

Menurut isteri Adi iaitu Datin Aida Yusof, suaminya itu j@tuh s@kit kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: