26 December 2024
"SAYA TAK BOLEH CERITAKAN SEMUA SEBAB INI BUKAN HAL SAYA... SEBAGAI SUAMI, SAYA CUMA BERI SOKONGAN..." - ZAIN SAIDIN KATA DIA & CHE TA ADA USAHA
"Sudah semestinya saya pernah ambil pinj@man dengan Mara. Ada yang kata kita lepas tangan itu tak tepat. Bila tak tepat, orang dengar dan percaya bulat-bulat dan s£rang kami sebab tak tahu cerita keseluruhan.
"Terus terang, kami ada usaha cuma tak semua diceritakan. Namun, saya maafkan semua dan faham mereka tak dapat cerita sepenuhnya. Saya tak boleh ceritakan semua sebab ini bukan hal saya. Sebagai suami, saya cuma beri sokongan mana yang mampu. Bukan hak saya untuk bercerita."
Ujar pelakon Zain Saidin dimana dia memaklumkan, dia dan isterinya, Rozita Che Wan berusaha selesaikan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tanpa mendedahkan perkara itu kepada orang luar.
Zain tampil berkata demikian menerusi sesi live di TikT0k, susulan isu Rozita atau mesra disapa Che Ta yang didakwa tidak membayar pinj@man.
Klik untuk gambar besar
Jelas Zain, ramai mereka diluar sana percaya dengan laporan tidak tepat sedangkan tidak tahu cerita sebenar.
Meskipun begitu, bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu berkata, dia tidak dapat berkongsikan lebih lanjut kerana urusan tersebut hanya melibatkan isterinya.
"Mana nak s£rang, silalah. Itu hak kalian, saya minta maaf andai tersal@h kata. Saya awal-awal lagi dah maafkan. Ada yang mar@h sampai sal@hkan kami kata anak mereka tidak dapat pinj@man punca daripada kami.
"Ingat syarikat sebesar itu ada RM1 juta sahaja untuk edarkan ke? Kalau tiada RM1 juta, orang lain tak dapat duit?" kata Zain dimana dia memaafkan segala tuduhan dan dakwaan yang dilemp@rkan kepada dirinya dan keluarga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment