26 December 2024

BUAT KEPUTUSAN TEPAT TOLAK TAWARAN SERTAI GEGAR VAGANZA - WATIE JELAS TAK DIIZINKAN SUAMI KERANA TAK MAHU DIA M4LUKAN DIRI



Tidak mendapat izin daripada suami, Joey Daud membuatkan pelakon dan penyanyi Watie Sadali menolak pelawaan menyertai Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) bersama kumpulan Elite.
Berhubung itu, Watie menjelaskan, suaminya tidak mahu dia menjadi bahan kec@man netizen yang menonton serta bimb@ng jika dia tidak boleh berdepan dengan krit1kan.

"Memang kawan-kawan dalam kumpulan Elite cuba sedaya upaya pujuk saya terutamanya Azza. Saya tahu dia s£ntap dengan saya. Tetapi Joey tak izinkan saya ikut serta, takkan saya nak law@n cakap suami. Akhirnya mereka faham.

"Joey beritahu saya tak perlu nak m@lukan diri sendiri kerana perlu sedar dengan kemampuan diri sebagai penyanyi. Dia cakap dia kenal isteri dia macam mana. Dia t@kut saya tak boleh berhadapan dengan krit¹kan serta kec@man," katanya.

Klik untuk gambar besar
Ujar Watie, dia membuat keputusan tepat tidak menyertai Gegar Vaganza, meskipun mahu membuat kemunculan bersama Elite, namun dia perlu rasional.

"Kesian juga dengan Elite kerana hanya tiga orang sahaja ketika itu. Tetapi bila difikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh suami saya. Berjuta orang yang akan menonton.

"Saya pula seorang yang berjiwa lemah. Kalau orang cakap macam-macam boleh jadi 'anxi£ty'. Nak tidur boleh terngiang-ngiang komen-komen juri. Saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat dengan menolak tawaran untuk turut serta," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: