07 December 2024

"SAYA SUDAH PENAT, SELAMA INI SAYA JUGA YANG TANGGUNG EKONOMI KELUARGA" - ELLIZA AF3 LEGA SUDAH BERCERAI SELEPAS 12 TAHUN JADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA



"Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan (dalam rumah tangga), saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga.

"Ya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad bercerai kerana sudah tak tahan. Punca saya mulakan proses permohonan cerai apabila dia ugvt tidak benarkan saya berjumpa anak-anak.

"Saya jugalah mengambil peranan dalam menguruskan perbelanjaan keluarga sepanjang bergelar isteri," kata penyanyi dan pelakon Elliza Razak, 40, dimana dia mengakui sepanjang tempoh perkahwinannya, dia kerap menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun kini, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), meluahkan rasa syukur mendapat kekuatan untuk keluar daripada perkahwinannya yang penuh derita, selepas penat bertahan selama 12 tahun.

Klik untuk gambar besar

Ujar Elliza, dia paling risaukan nasib dua anaknya yang menyaksikan sendiri dirinya menjadi m@ngsa kegan@san dan dipukvl depan mereka.

"Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan anak-anak. Tetapi selepas bercerai saya ada buat laporan supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.

"Dalam tempoh idah pun dia pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku," dedahnya yang kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Khairul Adzwan Nasir pada Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Dalam perkembangan lain, Elliza kembali aktif dalam dunia seni selepas sekian lama mendiamkan diri apabila semangatnya kembali pulih untuk melakukan bidang diminatinya.

"Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni," katanya yang baru-baru ini melancarkan lagu baharunya berjudul 'Urai'.

Lagu ciptaan Iqie Hugh dan Omar K itu juga menurutnya sangat berkaitan dengan apa yang dilaluinya dalam tempoh perkahwinannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: