09 December 2024

"TAHNIAH ANAK MAMA YANG BIJAK PANDAI, KEBANGGAAN MAMA" - KAK KM BANGGA ANAK BERJAYA TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA



Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menerusi perkongsian di Instagram telah meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Nabila Razman berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada Ahad.

Dalam perkongsian tersebut, Kak KM telah berkongsi video sewaktu menghadiri majlis konvokesyen Nabila termasuk anak perempuannya itu sedang menerima skrol di atas pentas.

"Tahniah anak mama yang bijak pandai @nabilamalu. Kebanggaan mama 🏆💋," tulis Kak KM yang turut menyertakan tanda pagar 'Universiti Malaya'.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini turut berkongsi video dirinya memeluk dan mengangkat Nabila di hadapan dewan majlis konvokesyen diadakan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Nabila atas kejayaan yang diperolehnya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: