09 December 2024

ENGGAN KEMBALI SEMULA KE KUALA LUMPUR - ZAHNITA WILSON AKAN CERITA SEGALA DILALUINYA DALAM BUKU



Bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson menerusi perkongsian di Insta Story memberitahu, dia yang sudah lama sembunyikan mengenai penderitaannya selama 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu akan menulis buku untuk cerita segalanya tentang apa yang dilaluinya agar dapat diketahui umum.

Melihat pada hantaran itu, Zahnita berkata, dia bukanlah seperti apa yang difikirkan dan kebenaran akan buatkan seseorang itu bebas.

Dalam perkongsian lain pula, Zahnita yang difahamkan kini menetap di Kuantan, Pahang bersama anak-anaknya, men£gaskan, dia tidak mahu kembali semula ke Kuala Lumpur lagi kerana rumahnya ada di sini.

Klik untuk gambar besar

Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, bagaimanapun tidak menjelaskan punca kenyataan itu.

Wanita kacukan Malaysia-New Zealand itu yang memilih untuk tidak lagi berada dalam industri seni, sedang giat mengembangkan perniagaan makanan hasil air tangan sendiri bagi menampung kehidupan.

Zahnita yang mengusahakan perniagaan pai itu dilihat kini semakin maju dan menerima banyak tempahan dari seluruh Malaysia menerusi ejen.
Baru-baru ini, Zahnita ditawarkan dengan bayaran lumayan dari sebuah jenama tekstil, namun berkata, pentas peragaan bukan lagi menjadi keutamaannya.

Terdahulu, Zahnita mendedahkan dia melalui epidod s£ngsara dalam rumah tangga di awal perkahwinan diaman dia did£ra secara fizikal dan ment@l, namun berharap suaminya akan berubah.

Kata Zahnita lagi, dia merasakan dirinya seperti hamba dan suaminya pernah meminta maaf diatas apa yang berlaku, namun tetap perlakukan perkara yang sama terhadapnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: