05 December 2024

TUNAI UMRAH KALI KE-10 - ZOEY BERDOA SEMOGA DIA CEPAT DAPAT JODOH



"Doakan saya semoga dapat umrah yang mabrur. Permintaan saya semoga cepat dapat jodoh, semoga Allah ampunkan d0sa saya, keluarga dan juga pengikut saya."
Itulah tutur pelakon dan usahawan, Zoey Rahman yang kini 'terbang' ke Tanah Suci semalam untuk menunaikan ibadah umrah dan berhubung itu, dia mahu berdoa agar dia cepat bertemu jodoh.

Sebelum ini, Zoey memaklumkan dia bercadang untuk menunaikan umrah pada Disember depan serta berharap Tuhan menerima amal ibadahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai sering menayang badan di media sosial, Zoey menjelaskan, dia tiada niat untuk menarik perhatian orang ramai.

Ujarnya lagi, perkongsiannya itu adalah bagi memenuhi komitmen yang sudah dipersetujui dengan sebuah pusat kecergasan gimnasium.

"Saya sebenarnya ada komitmen (dengan gim tersebut). Jadi saya kena bersenam dan terpaksa buat 'content' sebab sudah ada persetujuan.

"Biasalah, ada orang yang boleh terima dan ada yang tidak. Saya tidak berniat nak ump@n orang dengan cara jual diri, siapalah saya ini. Hanya orang biasa," katanya.

Dalam pada itu, Zoey berkata, susulan perkongsiannya itu, banyak komen nakal yang diterimanya, selain ada yang cuba mendekatinya termasuklah golongan yang berstatus datuk dan nenek.

"Banyak yang komen nakal... Bukan lelaki dan perempuan sahaja, malah remaja, yang dah berusia macam datuk dan nenek pun ada," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: