03 January 2025

3 TAHUN KAHWIN BELUM DIKURNIAKAN ANAK - SHARUL KAMAL MINTA PEMINAT JANGAN R£SAH & G£LISAH : "HIDUP JANGAN BUAT KERJA TUHAN, TAPI BUAT KERJA INSAN"



Selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi dan pelakon iaitu Sharul Kamal dan isterinya, Raihan Amilin Mohd Roszaimi, sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Sempena tahun baharu dan ulang tahun perkahwinan ketiganya, Sharul menerusi Instagram telah menitipkan ucapan, selain berkata, biarpun belum diizinkan Tuhan, namun dia dan isteri berada dalam keadaan baik.

"Kepada kalian, jangan r£sah dan gelisah dengan kami yang masih belum ada anak. Kami okey saja. Pegangan realisitk dalam kehidupan kena kuat baru tak banyak soalan 'kenapa tak ada anak lagi'.

"Hidup jangan buat kerja Tuhan, tapi buat kerja insan. Insya-Allah nanti mesti aman," tulis Sharul dimana dia tidak menyangka apabila pernikahan pada usia muda membawa nikmat yang cukup indah, selepas memasuki tahun ketiga usia perkahwinan.

"Dulu tak terfikir pun, tapi lepas tiga tahun baru terasa betapa nikmatnya kahwin awal tahun. Setiap kali sambut ulang tahun perkahwinan, dapat layan bunga api dengan ramai orang. Seolah-olah mereka tetamu majlis ulang tahun kami.

"Alhamdulillah, tiga tahun sudah usia perkahwinan. Masih lagi diizinkan hidup berdua dan bercinta seperti remaja. Tak ada apa yang dikejar selain bahagia dalam rumah tangga dan reda dari yang Esa," tuturnya.

Dalam pada itu, Sharul turut merakamkan rasa bertuah kerana diberikan rezeki yang sudi mengharungi onak dan dur1 dalam rumah tangga.

"Jauh lagi perjalanan dan banyak lagi pelajaran untuk kami sebagai suami isteri. Untung dapat pasangan yang sudi nak selam lautan hindi sama-sama. Harapnya sampai bila-bila," katanya.

Untuk makluman, Sharul melangsungkan pernikahan dengan Raihan yang juga Pegawai Perhubungan Awam dengan sekali lafaz di Masjid Kota Raja, Klang pada 1 Januari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: