03 January 2025

"ADA YANG KATA PAKAI 'MAK ESAH', 'MANDREM' (GUNA SIH1R)" - ARRORA SALWA (GV11) NAFI GUNA KHIDMAT BOM0H, JELAS DIA AMALKAN AYAT-AYAT AL-QURAN



Baru-baru ini, peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Arrora Salwa telah didakwa segelintir netizen, dimana dia dikatakan menggunakan khidmat bom0h atau 'mak esah'.
Berhubung dakwaan itu, Arrora menerusi satu hantaran di TikT0k, tampil menafikan dengan menjelaskan bahawa dia mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.

"Ada yang kata Arrora Salwa pakai 'mak esah', Arrora Salwa 'mandr£m' (guna sih1r). Dia begini, tak perlu pakai 'mak esah', pakai ayat al-Quran saja. Diamalkan surah al-Baqarah, ayat satu sampai lima. Lepas itu, ayat Kursi. Kemudian, ayat terakhir al-Baqarah. Kau hafal.

Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah, kalau orang nak buat apa-apa benda tak baik kepada kita, benda itu berbalik dan kena kepada dia," kata Arrora yang turut menunjukkan dem0nstrasi melintas di bawah ampaian kerana dikatakan itu adalah antara pantang bagi mereka yang menggunakan khidmat bom0h atau sih1r.

"Satu lagi, orang kata kalau pakai 'mak esah', tak boleh lalu bawah ampaian, kan? Okay saja. Tak ada 'mak esah'," ujatnya yang menerima komen p0sitif dimana rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terhibur dengan gelagat penyanyi yang popular dengan lagu 'Ahmad' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: