03 January 2025

TIBA-TIBA R£BAH - KOMPOSER ZUL MAHAT TERIMA RAWATAN BANTUAN KEC£MASAN CPR



Pada penghujung Disember lalu, komposer Zul Mahat telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terj@tuh semasa membuat rawatan dialisis di sebuah pusat dialisis di Subang Jaya.
Berhubung keadaan Zul, teman rapatnya iaitu Rosnah Abdul Aziz, berkata, semasa menerima rawatan, Zul tiba-tiba merasa s@kit perut dan mahu ke tandas, namun terdapat pengguna lain di dalamnya.

"Dia menanti di luar dan selepas pengguna itu keluar, Zul Mahat melangkah masuk ke tandas tetapi tiba-tiba r£bah tanpa sedar apa-apa. Pihak hospital terus menghubungi ambulans yang bergegas datang dan memberikan rawatan bantuan kec£masan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

"Ketika itu denyutan jantungnya dah berhenti tapi syukurlah nyawanya dapat diselamatkan. Dia dibawa ke PPUM dan dimasukkan ke wad kec£masan sebelum dipindahkan ke wad biasa. Zul Mahat mengalami keced£raan di bahagian dagu, mata serta pat@h tangan kanan dan bahu kanan," katanya.

Jelas Rosnah lagi, Zul hanya terbaring di atas katil dan tidak mampu bergerak, malah dia juga perlu pakai lampin dewasa.

"Dia masih guna alat bantuan pernafasan. Hari ini sudah sembilan hari dia di hospital. Semasa hari kedua dirawat, ingatannya masih lemah. Namun sekarang sudah okay dan makin stabil.

"Sekarang dia dah boleh berkomunikasi seperti biasa. Antara artis dan penggiat seni yang sudah menziarahinya ialah Datuk Nora dan Amran Omar.

"Dijangka ramai lagi artis antaranya Datuk Syed Sobrie dan Datuk M Nasir akan datang melawat memandangkan hubungan mereka yang rapat," katanya.

Difahamkan, Zul adalah anak bongsu daripada enam adik beradik. Empat daripada mereka sudah meninggal dan hanya tinggal dia bersama kakaknya.

Zul pernah berkahwin dengan pelakon Shasha yang membintangi filem 'Ali S£tan 2' dan kemudian bercerai.

Sepanjang kariernya, dia mencipta banyak lagu untuk ramai artis antaranya lagu 'Sahabat' nyanyian Fauziah Latiff, 'Secebis Harapan' nyanyian Datuk Nora, 'S£sat dalam Gelita' nyanyian Spider, 'Perjalanan Duka nyanyian' Min Malik dan banyak lagi.

Beliau juga pemuzik yang sebelum ini kerap mengiringi M Nasir dalam persembahan pentas dan rakaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: