"Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat."
Itulah tulis pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira dimana perkongsiannya itu telah menarik perhatian ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran yang seperti ditujukan kepada seseorang istimewa dimana identitinya tidak didedahkan.
Perkongsian Erra di Insta Story miliknya itu membuatkan ramai yang tertanya adakah primadona itu sudah temui pengganti?
Terdahulu, Erra pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Shahir Zawawi, namun bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu kini sudah pun berkahwin.
Klik untuk gambar besar
Selepas bercerai, Erra kembali mendirikan rumahtangga pada 2007 bersama Engku Emran dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek dan Engku Emran kemudian mengambil keputusan untuk bercerai pada 2014.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment