26 January 2025

ANIS AL IDRUS NIKAH SEMULA



"Walaupun saya tidak dapat berada di sana untuk menyaksikan sahabat tersayang saya bersatu dengan pasangannya, hati saya dipenuhi rasa gembira dan kasih sayang pada hari istimewa ini," demikian luah Ika Nabella.
Dia berkongsi luahannya itu apabila pelakon dan pengacara, Anis Al Idrus dikatakan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Halim dalam sebuah majlis di Shah Alam, Selangor, semalam.

Berita tersebut turut dikongsikan pelakon berusia 37 tahun itu di Instagram Story miliknya.

Klik untuk gambar besar
Lebih istimewa, hari bahagia Anis turut dihadiri rakan-rakan selebriti seperti Reen Rahim dan Mimie Haris.

"Saya berdoa agar cinta anda berdua semakin utuh dari hari ke hari, serta menemukan kebahagiaan dalam detik-detik kecil dan kekuatan dalam pelukan satu sama lain," tulis Ika lagi.

Untuk info, Anis pernah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai 2017, namun mengumumkan perceraian mereka pada dua tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: