Semua sedia maklum mengenai pelakon Nora Danish, 43, dimana dia kini sudah berhijrah ke arah lebih baik apabila kini tampil berhijab dan menutup aurat.
Perubahan ibu kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian ramai yang turut mendoakan agar Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, kekal istiqamah.
Namun bukan semua orang melihat perubahan itu sebagai sesuatu yang p0sitif apabila ada yang mendakwa Nora sekadar berlag@k alim dan mahu dilihat suci pada pandangan masyarakat.
Berhubung dakwaan itu, Nora berkata, dia sebaliknya tidak mahu lekas menuding jari kepada mana-mana pihak kerana menyedari pernah berada di tempat sama.
"Kalau pada zaman saya j@hil, itu juga persepsi saya kepada mereka yang sudah berhijrah serta orang di sekeliling mereka. Saya anggap mereka ini suci dan tidak boleh hendak buat d0sa. Jika ada d0sa dilakukan, masyarakat akan pantas menghukvm dan dianggap mun@fik.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang mereka perlu faham, mereka manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesil@pan. Mereka juga pend0sa. Apa yang Allah ingin lihat adalah keinginan kita untuk bertaubat. Sifat kita yang ingin berubah dan kekal istiqamah. Bukannya kesempurnaan kita kerana tiada manusia sempurna.
"Itulah yang saya cuba sampaikan kepada masyarakat," tutur Nora yang turut menambah, selagi bernama manusia, Tuhan tidak berhenti menghadirkan ujian dan terpulang kepada mana-mana individu untuk menilai aspek mana iktibar boleh diambil.
"Kadang-kadang apabila kita tidak berapa faham mengenai agama dan melihat orang yang mempunyai latar belakang tinggi pengetahuan agamanya ini ditimpa ujian dan dijadikan bahan berita, secara automatik, kita akan terus h@kimi mereka
"Itu berlaku kepada orang yang kurang ilmu agama. Tetapi apabila kita belajar dan faham hidup kita memang untuk diuji, tidak kisahlah dia golongan agamawan, orang j@hil, baru hendak berhijrah atau orang biasa, semuanya akan diuji hinggalah mereka meninggal dunia.
"Kita tahu Allah uji sebab Allah sayang dan hendak ke syurga itu bukanlah mudah. Dengan usaha untuk mendapatkan syurga itulah, maka Allah berikan ujian itu. Tetapi, sudah menjadi fitrah manusia, suka melihat kesil@pan orang lain. Sepatutnya apabila melihat seseorang diuji, kita doakan mereka, bukannya terus menghukvm," ujarnya.
Biarpun ada yang bersikap sk£ptikal terhadap mereka yang sudah berhijrah, Nora bagaimanapun meluahkan rasa syukur perubahan hidupnya mendapat maklum bal@s p0sitif peminat, malah ada antara peminatnya meluahkan hasrat mengikut jejak langkah melakukan hijrah.
"Ketika peringkat awal proses penghijrahan, saya bimbang hantaran saya dalam media sosial menimbulkan ri@k dan sebagainya. Tetapi, apabila mereka melayangkan mesej menyatakan perkongsian mengenai penghijrahan saya membuka hati untuk turut berhijrah, saya terharu. Ini memberi imp@k cukup besar dalam diri saya.
"Maklum bal@s itu buatkan saya lebih yakin. Saya tidak perlu t@kut dengan apa sahaja persepsi orang," katanya yang turut mengulas mengenai ucapan ulang tahun berbaur nasihat berkaitan agama kepada anak bujangnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 16, yang dipuji netizen, dimana jelasnya, dia sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment