26 January 2025

REBAH DI MASJID - JOJO ONE NATION EMCEES (ONE) KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada ahli keluarga anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE) iaitu Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas, 50, atas pemergiannya yang meninggal dunia selepas rebah di Masjid Sri Petaling dekat sini, pagi tadi.
Khabar duka itu dimaklumkan bekas anggota kumpulan ONE, Mimi Fly yang turut berkata, ketika hayat Allahyarham Jojo, arwah pernah berpesan kepada isteri untuk dikebumikan di tanah perkuburan di lokasi dia menghembuskan nafas terakhir.

"Arwah berada di Masjid Sri Petaling sebab ada perjumpaan bersama kumpulan tabligh. Ketika majlis itu hendak habis dan hadirin sedang berdoa, dia rebah.

"Saya baru hubungi isterinya. Beliau beritahu arwah minta kebumikan di mana tempat dia meninggal dunia," jelasnya yang juga berkongsi Allahyarham Jojo pernah dis£rang angin ahmar.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: