"Kepada individu di sebalik segala pend£raan dan keb£ncian yang disebarkan, saya masih menyimpan harapan untuk anda. Saya berharap suatu hari nanti anda menemui ketenangan dalam diri sendiri, hati terbuka dan sedar tenaga yang digunakan untuk menyebarkan keb£ncian sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan kasih sayang, empati, dan kebaikan.
"Ingatlah, k@rma akan berlaku. Apa yang anda beri, itulah yang anda akan terima. Kepada individu yang memuat naik komen keterlaluan sehingga menc£tuskan kemar@han ini, saya berharap anda berani untuk mengambil tanggungjawab."
Itulah ujar bekas isteri Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim dimana dia berharap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan keb£ncian terhadap Harith berhubung kontr0versi isu dia didakwa mengh1na Islam menerima akib@t dan k@rma atas perbuatan dilakukan.
Dalam pada itu, Jezamine yang juga pengurus Harith, bagaimanapun tetap mendoakan agar individu terbabit diberikan ketenangan dan pintu hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang.
Jezamine berkongsi luahan hati di Instagram berserta rakaman video latihan Harith bersama anak-anaknya yang dirancang sebagai gim1k pembukaan pada persembahan program komedi berdiri di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijadual berlangsung semalam, namun terpaksa dibatalkan selepas menerima anc@man bunvh, termasuk keselamatan tiga anak mereka turut dianc@m.
Klik untuk gambar besar
Kata Jezamine, keputusan itu adalah terbaik demi keselamatan walaupun dia dan Harith amat kec£wa memandangkan dua anak mereka, Zander dan Zydane turut menjadi sebahagian persembahan itu.
Disamping itu, Jezamine juga percaya kontr0versi yang terc£tus akan diselesaikan secara adil oleh pihak berkuasa dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus memberikan sokongan.
"Kami percaya pihak berkuasa dapat menguruskan perkara ini secara profesional, dan kami akan terus memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting seperti keluarga, keselamatan, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ramai orang.
"Kepada yang menghulurkan kasih sayang dan sokongan dalam waktu suk@r ini, saya ucapkan terima kasih dari lubuk hati saya. Kebaikan anda adalah peringatan yang kuat bahawa masih wujud kebaikan di dunia ini, dan ia memberi kami kekuatan untuk terus maju," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment