27 January 2025

"APA SAHAJA YANG TERBAIK YANG ALLAH ATURKAN, SAYA TERIMA DENGAN REDA... SEKURANG-KURANGNYA SAYA ADA TEMAN BICARA" - ERRA FAZIRA



"Allahuakbar. Amin. Alhamdulillah. Saya mohon doa yang baik-baik daripada semua. Saya pun tak tahu hala tuju saya. Tetapi apa sahaja yang terbaik yang Allah aturkan, saya terima dengan reda.
"Pada usia saya yang sudah matang, adalah mustahil untuk saya menyembunyikan sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya saya ada teman bicara."

Itulah kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira diman dia terharu apabila ramai yang mendoakan kebahagiaannya bersama Mr E atau Ezwan Zain dan ada yang mahu melihat mereka melangkah ke fasa seterusnya.

Dalam pada itu, Erra turut menjelaskan, tiada apa-apa yang akan berlaku pada 7 Februari depan dimana dia didakwa akan melangsungkan majlis istimewa pada tarikh tersebut iaitu dua hari sebelum hari lahirnya.

Ujar primadona berusia 51 tahun itu lagi, dia sendiri tidak tahu-menahu apa akan berlaku pada hari tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Saya difahamkan akan ada sesuatu yang bakal berlaku pada 7 Februari. Saya diasak dengan soalan tentang perkara itu oleh pelbagai pihak. Saya sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada 7 hari bulan.

"Saya 'chill' sahaja. Tiba-tiba kita dijentik dengan tarikh itu," tuturnya yang turut berkata, dia tidak mahu terbuka atau terlalu berahsia berkongsikan keakrabannya dengan Ezwan.

Tambah Erra lagi, dia juga belum pernah berbincang apa-apa dengan anaknya iaitu Engku Aleesya mengenai perkara berkenaan kerana masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Saya tak pernah cakap apa-apa dengan anak mengenai hal ini. Dengan keluarga pun tak ada. Kerana macam saya katakan, perkenalan saya dan Ezwan masih di peringkat awal. Berilah peluang untuk kami mengenali hati budi terlebih dahulu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: