27 January 2025

MISHA OMAR KEC£WA TEMPAT DUDUK DIAMBIL ORANG LAIN, KENA BERDIRI LAMA DI KONSERT ERNIE ZAKRI



"Semua orang beli tiket masing-masing, duduklah di tempat yang betul. Saya terpaksa berdiri kerana awak duduk di tempat saya. Pihak penganjur pula perlu mengesahkan tempat duduk itu milik saya. Jadilah manusia yang bertanggungjawab."
Demikian ujar penyanyi Misha Omar dimana dia meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berdiri lama ketika menonton Konsert Aura : Ernie Zakri di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini, baru-baru, apabila tempat duduknya diambil orang lain.

Misha yang berkongsi pengalaman itu di Instagram Story sejurus pulang dari konsert itu turut menjelaskan, situasi itu berlaku apabila pihak tidak bertanggungjawab duduk di tempat miliknya.

Apa yang lebih mengec£wakan, kata Misha, individu terbabit pergi begitu saja tanpa meminta maaf selepas diminta mengosongkan tempat duduk berkenaan.

"Awak menimbulkan mas@lah yang tidak sepatutnya di tempat konsert. Duduk di situ seperti tiada apa-apa dan berlalu tanpa ucapan maaf," tuturnya yang turut menyatakan dalam nada bergurau, dimana dia meluahkan kebimbangan sekiranya tiket yang dibelinya adalah palsu.

Namun begitu, Misha juga memuji tind@kan pantas pihak pengurusan konsert yang menyelesaikan kek@lutan itu dengan cepat.

"Kakak saya di sebelah sudah risau, takut kena 'sc@m' (tipu). Pujian harus diberikan kepada petugas yang cekap mengenal pasti mas@lah ini. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu berdiri lama seperti tiang lampu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: