"Apabila saya disahkan hamil, saya t@kut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak menyakinkan saya bahawa kita akan jadi ibu bapa sempurna.
"Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah. Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam dunia saya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama," kata pelakon Datin Atikah Suhaime dimana dia menganggap dirinya bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang disifatkan lelaki sempurna buat dirinya.
Atikah menitipkan ucapan istimewa buat suami tercintanya, Datuk Lokman Teh menerusi perkongsian di Instagram, sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
Selain itu, Atikah turut mengucapkan terima kasih buat suaminya yang menyayangi ibu bapanya serta bangga memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada orang ramai.
"Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya menjaga saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak.
"Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.
"Terima kasih sentiasa mengajar saya rasa syukur. Meskipun awak tidak sempurna di mata orang tetapi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah berikan kepada saya," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment