Pelakon Jasmin Suraya Chin, 36, telah berkongsi perasaannya yang kini p@nik selepas berlakunya kebak@ran baharu hutan di utara Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, Rabu lalu.
Kebak@ran kali kedua ini berlaku di sekitar tasik yang terletak kira-kira 56 kilometer di utara Los Angeles dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita. Arahan pemindahan juga turut dikeluarkan kepada 31,000 penduduk di kawasan itu.
Jelas Jasmin, situasi di kediamannya di West Hollywood terkawal dan tidak terj£jas kerana ia terletak agak jauh dari lokasi kebak@ran itu.
"Bagaimanapun semua orang terk£jut bagaimana boleh terbakar lagi? Hari ini saya tak henti-henti dapat pemberitahuan terkini kebak@ran.
"Dari 10 ekar, api dah merebak jadi 11,000 ekar. Jadi, saya kenalah peka dengan benda-benda begini. Saya dah f0bia dah sejak hari (kebak@ran) itu," katanya yang turut memberitahu, perasaan p@nik semakin bertambah selepas melihat berita kejadian kebak@ran kedua.
"Memanglah terk£jut sampaikan kawan saya kemaskan pakaian untuk pindah ke Miami. Esok pagi penerbangan dia. Saya pun terfikir-fikir juga kalau nak pergi tempat lain sementara waktu ini. Saya masih ada kelas dan tak cuti.
"Saya juga akan balik Malaysia untuk bercuti pada April nanti. Saya sangat rindukan tanah air terutama makanan yang sedap-sedap," katanya yang membayangkan mengambil kesempatan semasa cuti hampir tiga bulan ini.
"Pengurus saya sedang membincangkan perkara ini dengan pr0duksi," jelas pelakon filem 'Paskal' ini yang kini menyambung pengajian di akademi lakonan, Lee Strasberg Theatre & Film Institute di Los Angeles.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment