31 January 2025

AZAD JAZMIN SEKELUARGA TUNAI UMRAH



"Salam Jumaat penuh barakah dari kami sekeluarga dari Masjidil Haram, Mekkah. Syukur Alhamdulillah 🙏🙏🕋🕋🤍🤍🤍" tulis pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin dimana dia sekeluarga kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, isteri kepada Azad iaitu pelakon Eira Syazira turut meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan umrah bersama bapa tercintanya.

"Awal tahun yang penuh berkah, panggilan Allah SWT buat kedua kalinya yang harus ku penuhi. Kali ini bersama Ayahanda dan Anakanda tercinta. 🕋🤍

"Syukur Alhamdulillah.. doaku untuk berkunjung ke Baitullah bersama Ayahanda serta Anakanda tercinta di kabulkan Allah SWT. Dan timingnya begitu sempurna sekali. Masha Allah SubhanAllah. 🥹

Klik untuk gambar besar

"Semoga menjadi ibadah yang di terima Allah SWT, yang dapat memberi kita pahala melimpah ruah dan memanggil kita lagi dan lagi Insha Allah.

"Semoga teman-teman ku yang membaca ini juga di mudahkan jalannya untuk ke Baitullah. Ameen Ya Allah. 🙏" tuturnya.

Semoga Azad Jazmin sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: