01 February 2025

SELAMAT BERSALIN - JIHAN TIMANG ANAK LELAKI KETIGA, 'UNGKU ATTUFAYL ADL'



"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl."

Itulah tulis suami kepada pelawak dan pengacara Jihan Muse, 40, dimana dia berkongsi berita gembira bahawa isterinya sudah pun selamat melahirkan anak ketiga mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama 'Ungku Attufayl Adl'.

Berita kelahiran itu dikongsi suami Jihan, pelakon Ungku Hariz Faizal, 39, di Instagram miliknya hari ini.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, Jihan turut memberitahu maksud nama anak ketiganya itu.

"At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah S.A.W dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna," tulis Jihan.

Perkongsian suami Jihan itu mendapat perhatian dari peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah pada pasangan ini.
Sebelum ini, Jihan memaklumkan dirinya mahu berehat untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anaknya pada konsert kelima Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11) dan berhubung itu, tempatnya kini digantikan pengacara Sherry Alhadad.

Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.

Pasangan itu kini sudah memiliki tiga anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6; Ungku Altamis Barr, 2 tahun dan Ungku Attufayl Adl (baru dilahirkan).



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: