"Doakan saya supaya jangan keluarkan video-video begitu dan lebih berhati-hati. Insya-Allah."
Ujar pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dimana dia memohon doa daripada netizen agar dirinya akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan video di media sosial.
Nabil berkata demikian berikutan penularan rakam layar panggilan video baru-baru ini, yang memaparkan isterinya, Nazira Ayub (Zira), tidak menutup aurat.
Dalam pada itu, pengacara program Gegar Vaganza itu menjelaskan, dia tidak perasan bahawa isterinya itu tidak menutup aurat dengan sempurna ketika panggilan video tersebut.
"Saya tak perasan. Saya nampak dia macam pakai tudung. Terlepas dan tak sengaja.
"Saya ingatkan dia pakai tudung. Saya pun baru tahu benda ini tular. Saya yang suruh pihak radio muat naik sebab saya ingatkan dia bertudung," tutur Nabil.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment