30 January 2025

AZRINAZ MAZHAR HAKIM TITIP UCAPAN HARI LAHIR KE-17 BUAT PUTERI KESAYANGANNYA : "SAYA MENAHAN S4KIT MERINDUI AWAK SELAMA INI..."



"Awak secara rasminya berumur 17 tahun sekarang 💖

"17 tahun berlalu tetapi rasanya seperti baru semalam. Saya menahan s@kit merindui awak selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda.

"Melihat awak membesar menjadi seorang insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya, awak adalah saya dan saya adalah awak."

"Dalam kelas tersendiri, kecantikan awak tidak pernah berhenti memukau saya. Terbang tinggi puteri kesukaan dunia saya. Saya bangga memanggil awak milik saya ❤️‍🩹"

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 46, dimana dia mengakui s@kit menanggung rindu berterusan buat anak perempuannya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini menyambut ulang tahun kelahiran ke-17.

Untuk makluman, Azrinaz sebelum ini pernah menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.
Selain Ameerah, Azrinaz turut mempunyai seorang lagi anak bersama Sultan Brunei bernama Pengiran Muda Abdul Wakeel, 19.

Kemudiannya, Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 6, dan Atheera Medinah, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: