Salam takziah kami ucapkan kepada penyanyi Tajul atas pemergian abang keduanya, Abdullah Mahmud Md Shari, 46, yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi tadi, akib@t pelbagai k0mplikasi peny@kit.
Tajul atau nama penuhnya, Tajul Ariff Noor Md Shari, 27, memaklumkan arwah abangnya yang juga anak kedua daripada 10 beradik itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak seminggu lalu susulan peny@kitnya itu.
"Arwah mempunyai pelbagai jenis peny@kit termasuk k£ncing manis. Tapi, tahap keadaannya semakin mer0sot dan langsung tiada selera nak makan. Minum pun hanya mampu seteguk dua sahaja. Melihat keadaan kesihatan semakin mer0sot, kami bawa arwah ke hospital.
"Tahap oksigen dalam badan arwah semakin rendah dan perlu bergantung mesin oksigen. Sepanjang berada di hospital, arwah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa ditidurkan.
"Pagi tadi, pihak hospital menghubungi kami dan meminta sekeluarga datang bagi mendapatkan keizinan untuk menghentikan mesin pernafasan ini," jelas penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu 'Sedalam Dalam Rindu' itu.
Klik untuk gambar besar
"Ketika itu, jenazah arwah sedang diuruskan di Masjid Kampung Tengah, Batu 8, Labu. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas waktu Asar," tuturnya.
Sebelum ini, Tajul berkongsi berita mengenai pemergian abangnya itu menerusi Instagram Story (IGs) miliknya.
"Assalamualaikum semua. Angah baru sahaja meninggal dunia jam 9 pagi tadi. Minta semua sedekahkan al-Fatihah," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment