"Dalam kalangan peminat dan pengikut, ada bertanya bila nak 'bagi' adik kepada Amir. Tapi waktu berpantang pula, tanya saya rindu tak nak berlakon. Tanya soalan lain pula.
"Pertanyaan itu akan sentiasa ada. Tapi saya tak rasa tert£kan pun. Okay saja," ujar pelakon Mira Filzah, 32, dimana dia mengakui, tidak tert£kan apabila diajukan soalan mengenai cahaya mata kedua apabila anak sulungnya, Wan Khair Amir kini pun sudah berusia tiga tahun.
Kata Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, dia anggap usikan sebegitu biasa daripada pengikutnya kerana ingin melihat perkembangan terbarunya baik perihal kerja mahupun peribadi.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, sebelum ini memang mereka merancang daripada segi menjarakkan kehamilan, namun tidaklah sampai tahap mengambil penc£gah kehamilan.
"Saya ada merancang dengan suami bila masa yang sesuai. Kami akan cuba. Tapi tiadalah merancang sampai ke tahap atau ambil apa-apa (penc£gah kehamilan). Kami cuma 'go with the flow'.
"Kalau ada cepat, cepat. Tengok daripada segi masa. Saya pun berharap adalah rezeki sebab dia pun sudah tiga tahun. Memang saya ternanti jugalah," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Emir pada September 2020.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment