"Selesai dah baki tahun lepas punya. Bayar cukai ni memang sampai m@ti wei," demikian tulis pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan yang mendedahkan dia sudah membayar cukai sebanyak RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta yang berkongsi perkara itu menerusi Insta Story, bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai pembayaran cukai berkenaan.
Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, sumber memberitahu mengenai n0tis isytihar bankr@p yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam kerana gag@l menjelaskan cukai LHDN.
Bagaimanapun, Che Ta tidak tahu menahu mengenai penyebaran n0tis tersebut serta memaklumkan tiada mas@lah dengan LHDN kerana konsisten membuat bayaran setiap bulan.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment