08 January 2025

UMRAH BERSAMA EXISTS - MAMAT RALAT TAK DAPAT PERGI



"Saya doakan semua anggota Exists, adik-beradik saya yang lama itu supaya pergi dan pulang dalam keadaan baik dan umrah itu jadi sesuatu yang sangat bermakna.
"Mereka pun nak doakan saya di sana dan saya sangat bersyukur. Cuma saya berasa sedih sikit kerana apa yang mereka lakukan untuk kebaikan Exists saya tak dapat sertai.

Itulah ujar penyanyi Mamat yang meluahkan perasaan ralat kerana tidak dapat bersama kumpulan Exists mengerjakan ibadah umrah.

Meskipun begitu, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 48, meminta anggota lain membuat umrah yang terbaik dan menyifatkan apa yang dilaluinya tidak sama dengan situasi dilalui oleh mereka.

"Saya rasa kalau tidak ada di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) mungkin saya akan pergi umrah bersama mereka (Exists).

"Zaman kelalaian saya, zaman apa yang pernah saya lakukan. Saya pergi setiap konsert bersama Exists dan menghiburkan peminat. Saya dah berjaya memiliki satu pencapaian. Tapi dari segi pemulihan, saya tak boleh meniti tangga yang sepatutnya.

"Saya bagi komitmen seratus peratus pada Exists dan ini keperibadian saya yang sepatutnya," katanya. yang mengetahui perkara berkaitan umrah kumpulan Exists menerusi pembacaan satu artikel di akhbar.

Kumpulan Exists ditawarkan peluang mengerjakan umrah menerusi program Umrah Langkah Seiringan Exists pada 22 Januari hingga 2 Februari ini oleh syarikat Darmina Revolution.

Difahamkan, Mamat kini sudah enam bulan di bawah pengawasan untuk rawatan dan pemulihan oleh Pengasih di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang.

Terdahulu, pada 8 Julai 2024, Mamat yang sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dad@h pada 2019, berjaya dalam rayuan terhadap sabitan dan hukvmannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Penyanyi lagu 'Untukmu Ibu' dan 'Salju Di Danau Rindu' itu bagaimanapun dikenakan hukvman d£nda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: