"Biasanya kelahiran yang sebelum ini uri melekat, tapi kali ini kemas, lancar macam tiada apa-apa dan bersih. Kedua-dua mereka pun sihat seratus peratus.
"Mengenai pro dan kontra masyarakat mengenai kelahiran ini, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Masyarakat ini kita buat baik pun kita kena, kita buat jahat pun kita kena.
"Bagi saya kita kena akurlah dengan gelaran 'public figure'. Apa pun yang kita buat semua sal@h, semua tak betul. Tapi segelintir sahaja kerana yang lain banyak yang bagi sokongan dan ucap tahniah."
Demikian kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 66, dimana dia melahirkan kesyukuran dengan kesihatan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, dan bayinya, Magdalena Yamani.
Klik untuk gambar besar
"Isteri kata boleh buat caesar (C-section) kita buatlah. Saya ikut sahaja. Sebelum itu pun saya jumpa dengan kawan saya, seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia kata dia biasa buat enam kali caesar (untuk seorang wanita bersalin). Kalau kita ini baru lima kali.
"Apapun selepas ini tak mungkin ada anak lagi kerana peranakan isteri dah diikat," jelasnya yang turut berseloroh, orang-orang yang mengec@mnya seakan pakar apabila lebih pandai daripada doktor.
"Sesuatu tind@kan itu kita kena rujuk dulu dengan pakar-pakar boleh atau tidak. Kalau tidak boleh jangan buat. Kalau ada masalah jangan buat. Dan persetujuan dari isteri juga.
"Inilah mas@lah dunia ini. Kita buat yang jah@t dan tentu kita kena, buat yang baik pun kena juga. Itu rezeki Allah yang bagi. Allah bagi isteri sah pada kita, apa sal@hnya kita bersama isteri kita nak dapat zuriat yang lebih banyak.
"Kadang-kadang manusia itulah. Mereka d£ngki tak dapat nak buat macam kita buat, rasanya. Tapi yang banyak doakan itu yang kuatkan semangat saya," ujar Jamal yang tidak ambil peduli segelintir masyarakat yang memberi komen-komen mengec@mnya.
"Mereka yang bermas@lah bukan saya. Mas@lah mereka ialah isi hati mereka yang tak pernah bersihkan diri dan bersihkan hati. Tak pernah berfikiran terbuka, asyik semua orang sal@h," tuturnya sambil ketawa.
Semalam, Jamal menyambut kelahiran anak perempuan selepas isterinya selamat melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram itu jam 9.38 pagi di sebuah hospital di sini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment