07 January 2025

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PERKONGSIAN UQASHA SENROSE BUAT RAMAI TERTANYA MANA KAMAL ADLI?



"Allahuakhbar MasyaAllah terima kasih Allah untuk segala yang ku lalui sepanjang 2024 ni sangat mematangkanku dan syukur sangat dapat kumpulkan semua keluarga yang aku sayang dan cinta tiada ganti di villa yang sangat la cantik MasyaAllah. Penutup untuk 2024."

Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose yang berkongsi video momen indah ketika meluangkan masa bersama keluarganya di teratak mewah milik seorang penerbit terkenal dan menyifatkan percutian tersebut sebagai penutup untuk segala kisah suka duk@ sepanjang tahun 2024 ini.

Perkongsian video pelakon drama 'Perempuan Tanpa D0sa' itu bagaimanapun menerima perhatian apabila ramai netizen tertanya-tanya mengapa tidak nampak kelibat suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli dalam video berkenaan.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa mereka perasan Uqasha sudah lama tidak memuat perkongsian bersama Kamal, namun mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa rumah tangga pasangan itu sedang berg0lak, namun perkara tersebut telah dinafikan oleh Uqasha dan Kamal.

Dalam pada itu, akui Uqasha, dia terkil@n dengan sp£kulasi bertebaran, selain mengakui pelik dan tertanya-tanya bagaimana khabar angin mengenai rumah tangganya didakwa sedang menghadapi mas@lah tersebar.

Sementara itu, Kamal hanya ketawa mendengar g0sip rumah tangganya dengan Uqasha yang didakwa sedang berg0lak.

Untuk makluman, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia lapan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: