Pada 5 Januari lalu, anak sulung kepada Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees telah pun genap usia 4 tahun dan sempena hari istimewa itu, pasangan selebriti ini mengadakan sambutan hari lahir yang cukup sederhana tapi meriah.
"Happiest 4th birthday my first born baby ❤️ Mummy, Daddy & Inara love you so much!!
"5th January ~ Celebrating Isaac's 4th Birthday ❤️ Thank you everyone for making his day so fun and special" tulis Zahirah.
Klik untuk gambar besar
"Daddy doakan Isaac jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. I Love you my son!" ucap Aiman pula.
Selain Isaac, Zahirah dan Aiman juga mempunyai anak perempuan bernama Inara Raisa yang bakal genap usia setahun pada 31 Mei nanti.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment