"Saya menghargai persahabatan terjalin dengan Hasnul dan menyifatkannya sebagai seorang rakan baik dan memahami. Kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain."
Ujar pelakon senior Sherie Merlis, 53, dimana dia mengakui tidak selesa dengan dakwaan dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Hasnul Rahmat, 54, seperti heb0h diperkatakan ketika ini.
Berhubung itu, Sherie menjelaskan, hubungan akrabnya dengan Hasnul tidak lebih daripada sekadar kawan baik, selain berkata, sebagai pelakon, dia akui suk@r untuk mencari kawan baik seperti Hasnul yang sama-sama terbabit dalam bidang seni.
"Ada masanya memang kami tak berjumpa pun bila penggambaran selesai tapi kami memahami antara satu sama lain dan persahabatan itu tidak pernah putus," katanya yang turut memberitahu, pada tahap sekarang, mereka juga tidak mencari publisiti dengan 'menjaja' kisah cinta sedemikian.
Klik untuk gambar besar
"Hasnul memang seorang kawan yang baik. Siapa sanggup bertahan jadi kawan saya, memang saya sangat hargai," tutur Sherie atau nama sebenarnya, Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim.
Terdahulu, keakraban Sherie dan Hasnul yang dilihat sering keluar bersama menjadi tular hingga timbul dakwaan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta selepas Sherie kembali solo.
Untuk makluman, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992, namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30 dan Harith Daniel, 29.
Sherie kemudiannya berkahwin dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.
Bagaimanapun, pasangan ini didakwa sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment